Asus telah melancarkan generasi kedua Asus Padfone dengan memperkenalkan Asus Padfone 2. Majlis pelancarannya telah dilancarkan di Milan, Itali. Asus Padfone 2 menawarkan pengalaman penggunaan Android smartphone dan tablet secara serentak dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Slogan yang digunakan ialah “It’s intuitive“.

Asus Padfone 2
Berdasarkan maklumat yang disertakan, Padfone ini adalah lebih nipis dan ringan berbanding model sebelumnya dan juga pesaing-pesaingnya yang lain. Ia juga lebih ringan berbanding kebanyakan tablet yang berada di pasaran.
Spesifikasi Asus Padfone 2

Asus Padfone 2 Spesifications
Sila rujuk laman Asus Padfone 2 untuk mendapatkan gambaran spesifikasi yang lebih jelas.
Asus Padfone 2 Video Promo
Tarikh Berada Di Pasaran
Asus PadFone 2 akan dilancarkan pada penghujung tahun 2012 bermula di Bulgaria, Denmark, Finland, Jerman, Hungary, Itali, Poland, Portugal, Romania, Sepanyol, Sweden, Hong Kong, India, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand, dan UAE. Untuk negara-negara lain akan diumumkan kemudian.
My Thought
Antara ciri yang paling saya sukakan produk dari Asus adalah kerana design mereka yang sleek dan moden, dilengkapi dengan spesifikasi yang tinggi (high end) tetapi boleh diperolehi dengan harga yang pada pendapat saya adalah murah atau mampu milik. Jadi, boleh dikatakan Asus Padfone 2 ini lengkap dengan ciri – ciri terkini dan yang paling menarik ialah kemampuannya untuk membekalkan kuasa bateri sehingga 36 jam (padfone station).
Seperkara lagi yang perlu dititik beratkan ialah aspek software update. Berdasarkan pengalaman menggunakan produk Asus (laptop, netbook dan Transformer), mereka sememangnya antara yang terbaik kerana mampu memuaskan kehendak pengguna.
Sekiranya berhasrat atau merancang untuk mendapatkan high-end smartphone atau tablet, Asus Padfone 2 adalah pilihan terbaik. Anda bukan sahaja memperolehi smartphone, sebaliknya dilengkapi dengan tablet yang dijual pada harga satu produk. Jangkaan saya, harganya nanti di Malaysia adalah di bawah RM2,500.
Wah… teruja tgk videonya…
AkmaOmar recently posted…Peluang Mengkritik Blog Eizil.com
Interesting sangat kan.
slamat die xleh nk docking kat laptop @ lcd sbgai media player..huhu
Jebeng Otai™ recently posted…Suunto Elementum : Evolusi Jam Tangan
Smartphone dengan tablet sekali? terbaik la. Bukan apa, saya tak tahu kenapa tak berapa minat dengan tablet ni, sebab macam tiada function. Baik beli laptop terus dengan smartphone. Tapi kalau dah sekali smartphone dengan tablet ni, ok la.
Bagi brand asus ni, selama saya tengok laptop kawan guna asus, tiada lagi cakap tak ok. Tapi tetap nak beli macbook. haha
Naziman recently posted…Lagu 60an Pop Yeh Yeh terbaik Koleksi saya
Kalau tablet saja, aku sendiri tak berapa sokong, bagi yg dah biasa guna memang akan faham, macam bro katalah kecuali jenis kaki sosial network.
Tang asus tu memang jadi brand pilihan no 1 utk pc &laptop.
tengok video promo dgn demo tu memang teruja. Bestnya kalau dapat, 2 in 1.
kimmie recently posted…Wordless Wednesday 42: Nasib telefon awam
Interesting kan.
giler best…. idea yang bagus ni.. great!
KiD recently posted…Anak Comel Anda dalam Drypers Sungguh Ceria Adventures Comic
Banyak yg diupgrade dr model asal.
wah, berkenan la
tergugat minat aku dengan samsung
tehr recently posted…Malaysia Kalahkan Hong Kong
Kalau tablet, sy suka asus.. tak banyak model, update pun teratur tak macam samsung, nak tunggu turn bukan main lama.
Macam-macam jenis gadget sekarang ni. Pening nak pilih yang mana satu dengan duit yang terhad ni. Hehe.. Rasanya iPhone 5 jadi pilihan… :D
Hazmin Hamudin recently posted…Wordless Wednesday | Pemain Baharu Chelsea?
Kalau aky pulaj memanf dah tak boleh kot nak guna iPhone, dah rasa kecik sangat. Maklumla dah biasa guna yg besar2 ni rasa janggal.
waduh2…..tertekan aku tgk…nak kena kumpul duit….hehe
hafizmd recently posted…Aktiviti Masa ‘Bujang’…
Sebetulnya saya sendiri rasa tergugat. Heh heh
shraqs recently posted…Walking Dead S03E01 – Seed
Mantap tapi $$$ riban la bro :(
Tang harga tu memang tak dinafikan. BTW, masih lagi dlm lingkungan harga yg standard utk produk camni.
Ok…ambe baru tgk video ni…kalau harga tu dapat 2 sekaligus…ambe rasa berbaloi…hehe
Kalau 1st model, diorang jual RM2,399. Saya ada tanya masa di Mines. Kalau kena caranya boleh dapat dalam RM2,199, kalau di Lowyatt mungkin lagi murah kot.
shraqs recently posted…Walking Dead S03E01 – Seed
Padfone lama ley dpt 2189 kt http://www.ipmart.com.my/main/product/Asus,PadFone,with,PadFone,Station,16GB,Asus,Warranty,,351037.php?prod=351037
SDC recently posted…Pandang Pertama SimCity Terbaru
Tunggu yg baru jelah. :-)
BTW, thanks bro sebab sharing