Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Apple iPhone 5th Anniversary

Peranti yang tidak perlukan sebarang pengenalan, Apple iPhone kini berusia 5 tahun. Sebelum berpaling tadah kepada peranti Android, iPhone merupakan peranti yang banyak mengubah persepsi saya terhadap smartphone. Buat kali pertama iPhone “original” atau “2G” diperkenalkan oleh Steve Jobs dalam Keynotenya di Persidangan & Ekspo Macworld Ke-9 pada Januari 2007.

iPhone 5th Anniversary

Mengimbas kembali tentang pengalaman pertama saya sendiri menggunakan iPhone merupakan satu pengalaman yang cukup unik. Pertama kali memegang dan memiliki  iPhone adalah pada penghujung tahun 2007 (melalui kenalan yang menuntut  di US) kerana iPhone belum lagi memasuki pasaran Malaysia. Buat pertama kali, perasaan pada masa tersebut tidak dapat digambarkan dengan kata-kata yang sesuai, segalanya cukup sempurna.

Peranti dah ada di tangan, tapi apa yang menyedihkan simcard CELCOM yang digunakan tidak compatible dengan iPhone kerana model 2G tersebut tidak ada keupayaan 3G. Dari sini bermulalah pengalaman yang menarik saya dengan iPhone. Bermula dengan proses menukarkan simcard 3G kepada 2G di Celcom Centre, mula berjinak dengan komuniti iPhone developers, pengalaman pertama istilah “jailbreak”,”unlock” dan membuka akaun dummy iTunes sebagai warga US dan sebagainya berkaitan iPhone, maklum sajalah pada masa tersebut, support yang ada di Malaysia cukup terhad.

Hampir seminggu diambil barulah saya dapat menggunakan iPhone tersebut selepas selesai segala proses jailbreak dan unlock. Perasaan seronok pada masa tersebut hanya Tuhan saja yang tahu, sepanjang masa asyik dengan iPhone memanjang.

[box type="info"]

JailbreakHack untuk mendapatkan akses ke sistem fail iPhone bagi membolehkan pengguna untuk install sebarang program di samping membolehkan proses unlock dilakukan.

UnlockMembolehkan iPhone untuk digunakan dengan network tempatan, dalam kes saya network Celcom

[/box]

Itu semua dah tinggal kenangan, tidak dinafikan bahawa pengenalan iPhone pada 2007 telah mengubah keseluruhan persepsi, rekabentuk dan teknologi smartphone yang ada sekarang. Selamat Hari jadi iPhone!

Steve Job iPhone Presentation 2007 Video;
PART 1

 

PART 2

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. dh tngok konsp iphone 5 sj. terbaik. haha :D
    acapz recently posted…Laman Web Rasmi Sony Picture Dan Facebook Page Digodam Oleh Anonymous

  2. teringin juga nak beli iphone.. tunggu budget.. hehe
    papabear recently posted…Perception

  3. kejap je da masuk 5 thn..kiranya setiap tahun..akan ada model iphone terbaru keluar..tp pasni..xde da pas pemergian steve
    chii recently posted…Kesilapan Usahawan Melayu

  4. ya,,,banyak pengguna iphone begitu teruja…dengan iphone…begitu juga bagi mereka yang belum memilikinya…tapi aku teruja dengan samsung
    apaajanews recently posted…BELI SAMSUNG DAPAT LESUNG

  5. ohh..diorang ni ada hari jadi rupanya..
    ohcikgu recently posted…Semak Keputusan MUET anda melalui SMS pada 12 Januari 2012

  6. sampai sekarang aku tak pernah miliki iphone
    huhu
    tehr recently posted…Duit Syiling Baru Siri Ketiga

  7. Aku tak pernah guna iPhone tapi jenama Apple pertama aku miliki
    adalah powerMac 2002.

    hp aku murah jer.. jenama cap itik.. hik3
    nurmisnan recently posted…Kau pergi jua…

  8. masih setia dengan iphone…
    Denaihati recently posted…Liputan Majlis Pelancaran Pasaraya My Agro Hypermart

  9. Entah bila nak dapat merasa beli iphone.kemain mahal.hahahaha!!! tapi iphone best!!!
    Lizz recently posted…Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah

  10. Mengenang kembali memori bersama iphone semperna ulang tahun ke -5. Masa tahun 2007 tu sy mmg tak tahu langsung pasal smartphone ni, kalau sapa yg ada tu mmg dianggap kaya la
    kimmie recently posted…Harvard Business School dan GSB UKM

  11. skrg tggu harga turun blh dpt murah ..mak cikai blh dri dri Made in cINA heeee
    suri recently posted…Homemade Bantal Musyuk

  12. xnak xnak xnak. android jugak. haha :P
    acapz recently posted…Konsep Menarik Windows Phone 7 Dengan Meego

  13. memang bagus produk Apple ni tapi mahal sangat…means high-end user la kan…
    nizam recently posted…Promosi Perfume Branded Grade A, Dapatkan Sekarang!

  14. Hehehe…aku hanya mampu menjeling je bila kengkawan aku keluarkan gajet2 memasing….:(
    yas recently posted…Intro Pengalaman Kena Dende di Sekolah – Blog Titan|Earncent.com

  15. iphone mmg menjadi pembuka sejarah dlm dunia smartphone…;)
    saya jug ateruja bila mana iphone mula-mula diperkenalkan..:)
    tuan tanah recently posted…Projek Baru di Tahun 2012

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*