Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Apple iPad mini Review Ku

Apple iPad mini telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia dan boleh didapati di kesemua cawangan Apple Authorised Reseller di seluruh negara atau terus melalui laman Apple Store. iPad mini boleh diperolehi dengan harga serendah RM999 untuk model WiFi / 16GB dan RM 1,399 untuk model WiFi/3G / 16GB.

iPad mini

iPad mini

Menerusi post kali ini saya akan memberikan serba sedikit review tentang iPad mini berdasarkan pengalaman setelah hampir seminggu menggunakannya. Review ini saya fokuskan kepada aspek kepenggunaan dan tidak melibatkan aspek spesifikasi hardware produk. Jika berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang spesikasi, sila rujuk post saya yang terdahulu. (Link)

Apple iPad mini Review – Kelebihan Dan Kekurangan

INFO PRODUK : iPad mini WiFi /16GB /White & Silver

Kelebihan

  • Perkara pertama yang tidak dapat saya nafikan adalah kelancaran (smoothness) tanpa sebarang lag yang dimiliki oleh iOS 6.0.2 di iPad mini ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan Android. Segala proses transition dari paparan ke paparan atau dari satu aplikasi ke aplikasi yang berlainan berlaku dengan cukup sempurna dan tidak ada cacat celanya.

    iPad

    iPad

  • Kelebihan kedua yang betul – betul menarik perhatian saya ialah keyboardnya. Keyboard disediakan dalan dua mod, Split dan Merge. Penggunaan split keyboard memudahkan anda untuk menaip meggunakan kedua – dua belah tangan.

    Keyboard

    Keyboard

  • Saiz 9.7 inci bagi saya adalah saiz yang portable. Mudah dan senang untuk dibawa ke mana – mana sahaja dan cukup ringan dipegang dengan menggunakan sebelah tangan sahaja dan sesuai untuk gamers.

    Gaming

    Gaming

  • Antara aplikasi yang paling saya gemar ialah iBooks, Safari (browser), Music, dan Gmail (paparan UI yang kemas dan menarik). Disebabkan saiznya yang portable, pengalaman membaca e-book menerusi aplikasi iBooks cukup selesa dan memuaskan.

    iBook

    iBooks

  • Dari segi kesan bunyi, ia mampu menghasilkan kualiti bunyi yang agak baik dan saya kira sudah cukup memuaskan. Aplikasi Music cukup simple dan proses memindahkan file (synchronize) boleh dilakukan dengan mudah menerusi iTunes.

    Music

    Music

Kekurangan

  • Perkara pertama yang kurang selepas membuka kotak ialah kekurangan aksesori. Aksesori standard yang dibekalkan setiap kali membeli gajet biasanya kita dibekalkan dengan charger dan earphone,.. tetapi tidak untuk iPad mini ini dan juga model – model yang lain. Yang ada hanyalah charger (lightning cable), takde earpods? Kalau nak, kena beli berasingan dan harga untuk earpods (remote & mic) berharga RM109.00. Kedekut tu!!
  • Kedua, lightning cable. Bagi yang telah memiliki model iPhone (kecuali iPhone5), dan aksesori yang berkaitan… boleh ucap selamat tinggal. Aksesori itu semua tidak lagi dapat diguna pakai dengan gadjet baharu ini. Saiz lightning cable ini agak kecil dan harga untuk seunit ialah RM69.00.
  • Ketiga, tidak ada slot storan tambahan.

Rasanya cukuplah setakat ini sahaja review saya tentang Apple iPad mini ini.

Final Thought

Secara keseluruhan, saya cukup berpuas hati dengan ciri – ciri yang dimiliki oleh iPad mini ini dan saya bagi EMPAT bintang. Buat masa ini, kesemua model iPad mini dan iPhone 5 yang menggunakan firmware 6.0.1 belum lagi dapat di jailbreak, berbeza dengan model iphone 2G, 3G, 3GS, 4, dan 4S. Bila dah ada nanti, confirm saya akan jailbreak. Peace!

Anda berpeluang untuk mendapatkan iPad mini secara percuma dengan menyertai program ChurpChurp. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman berikut.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. kalo dh jh jailbreak bleh install game brbyar dgn free ke??sye nie bdk yg bte it..

  2. wei nak tanya sikit aku memang bodoh tak tau apa
    kalau ipad mini ni atau produk apple yg lain kalu nk buh lagu dari komputer boleh x
    lepas tu jailbreak tu ape benda

  3. versi wifi or 3g yg ptut Beli.. koNfius ahh..

  4. cantekk..
    banyak jugak kelebihannya ya..
    memang terbaik ah..
    tapi kureng skit bab takde external storage tu..

  5. ada memegangnya baru2 ini. blm biasa dgn satu button tekan tanpa butag back yg ada pada peranti android.

    rasa tak best pula jika tidak support memori kad.
    Ladfe Amir recently posted…Ranking Ladfeamir.com Di Hujung Tahun 2012

  6. Ingat nak beli. tapi kesiankan macbook aku pulak.
    tengoklah bila mood nak main game kembali.
    kalau ada nanti aku beli lah. heh ;)
    hafidz recently posted…Nuffnang CPUV (Cost Per Unique Visit) Campaigns 7

  7. saya dalam perkiraan gadget ni utk tahun depan….;) mmg berbaloi untuk berpoya-poya kot…:)

    psst : bro nak tanya apa app yg sesuai untu SIII ? app navigation spt papago ?
    budak felda recently posted…Perkhidmatan Jalur Lebar 4G P1 ke Kuching

  8. xder slot tambahan tu leh guna wireless storage..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted…Projek Android : Pos Laju Tracking

  9. saya x pernah lagi guna produk apple so x tau mcm mana
    Juan recently posted…Bloglist atau Link Exchange

  10. Saya sampai sekarng masih setia dengan iPad 2. Setia sebab takda duit nak tukar ke iPad mini.
    Hazmin Hamudin recently posted…Mencari Mood Menulis Semula

  11. hehe…dari segi kelancaran tu…mmg ambe setuju 100%…setakat guna ipad, mmg tak pernah mengecewakan…apps ibook mmg antara pilihan…serius seronok!

    bab takde storan lebih tu mmg apple kedekut..entah kenapalah takde slot tu…huuh!

    tang yg takde aksesori tambahan tu, mmg tak nafi, apple berkira sgt dgn pembeli barangan mereka…

    pepepun, mmg kalau ada duit, apple mmg menjadi pilihan no 1 =)
    hafizmd recently posted…9 Ciri Suami Idaman

  12. hai bro,
    terbaik review ni, boleh di jadikan rujukan nanti.

    Rancangan untuk memiliki salah satu tahun depan, mudah-mudahan..

    Good lucuk untuk review Apple iPad mini Review Ku, semoga berjaya =D
    donnyien recently posted…Merry Christmas and Happy New Year 2013

  13. Salam bro,
    Bateri macam mana? Tahan macam iPad 2 tak?
    Cikgu Hairul recently posted…Begini akhirnya

  14. beza 4 ratus dengan nexus 7 3g.. mana best ek…
    syahrilhafiz recently posted…(Parody) Sindrom Oppa Gangnam Style Rakyat Malaysia

  15. Dah try iPad, saya pilih Galaxy Tab
    Amirul recently posted…Ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terbaik 2012

  16. memang kena cari bajet tahun depan la kalau pun nak beli ni
    harga pun boleh tahan juga tu
    TehR recently posted…Piala AFF Suzuki 2012 | Perlawanan Akhir Kedua

  17. Menarik ni.. Ingat kalau ada rezeki lebih mau tangkap satu! In Shaa Allah.. :D
    anif recently posted…Jualan Gudang Converse Dan Yong Tauhu

  18. rajin hang jailbreak ehh..
    titan recently posted…Komisen ke 6 dari Jobdirumah.com

  19. jailbreak! yeah!
    Lazaac recently posted…Far Cry 3 – Game Terbaik 2012

  20. Sepertinya screen game yang membuat saya teringin memilikinya.
    Abdur recently posted…Cara menggunakan WHM

  21. ingin nak dapatkan iPad ni, masih memilih antara iPad mini dan iPad 4-gen
    lewisdotmy recently posted…HTC Butterfly Specifications Announced December 2012

  22. Rasa cam nak beli jugaklah satu
    Mohd Ilham recently posted…Rock Player 2 Main segala jenis Lagu & Video pada Android anda

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*