Berita baik kepada pemilik produk Apple seperti iPhone, iPad dan iPod touch. Blog MobilityWorlds kini secara rasminya mewujudkan satu page yang baharu ( Apple Firmware Download Page ) fokus kepada tempat untuk mendapatkan segala firmware (ipsw) yang dikeluarkan oleh Apple untuk produk mereka. Kesemua firmware ini ditempatkan di server Apple dan tidak perlu diragui akan kesasihannya.

Apple Firmware
Antara firmware yang disediakan adalah seperti berikut ;
- iPhone firmware Download Page – Firmware yang disediakan bermula dengan iOS 5.
- iPad firmware Download Page – Firmware yang disediakan bermula dengan iOS 5.
- iPod touch firmware Download Page – Firmware yang disediakan bermula dengan iOS 4.
Tujuan Apple Firmware Download Page Diperkenalkan
Tujuan utama Apple Firmware Download Page ini diperkenalkan adalah bagi memudahkan pengguna produk Apple mendapatkannya seterusnya melakukan proses upgrade iOS secara manual dan tidak perlu bergantung 100% dengan OTA (Over The Air) mahupun iTunes secara online.
Selain dari itu, terdapat permintaan daripada beberapa orang pembaca yang memohon agar disediakan ruang yang lebih kepada iOS platform selain Android.
NOTA : Walau bagaimanapun, perlu difahamkan bahawa dalam proses upgrade iOS firmware secara manual, aplikasi iTunes masih diperlukan.
PERHATIAN : Seperkara lagi yang perlu saya tegaskan di sini ialah, sekiranya anda download firmware – firmware ini, pastikan ianya adalah dalam bentuk format .ipsw dan bukannya .zip.
Diharapkan dengan wujudnya Apple Firmware Download Page ini, ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna produk Apple yang ada.
Saya baru upgrade 3gs ke iOS 6..iPad belum lagi sbb iPad tu berstatus jailbreak..nanti bila jailbreak untuk iOS 6 pada iPad dah keluar,saya akan dapatkan iOS 6 ipsw file dari sini..thanks bro..
Kalau jailbreak memang terpaksa tunggu dulu. BTW, jangan lupa utk save SHSH Blobs dulu bro,.. sebagai precaution. :)
Itu semestinya.. :-)
ssh lak plak apple x nk guna standard cable @ zip..huhu
Jebeng Otai™ recently posted…JebengOtai.com : Bagaimana Ianya Bermula?
Biasala bro,.. Apple mesti nak jadi lain dari yang lain & trend setter. BTW, bab zip tu memang tak boleh buat apa bro sebab ipsw tu memang format firmware iOS. Kalau tak memang tak bleh guna firmware tu nanti.
Sayangnya saya bukan pengguna apple, kalau tak berguna sangat laman tu. Bila la ada orang nak bagi percuma saya macbook pro dengan iphone 5 ya. kalau ada kan bagus.
Naziman recently posted…Modal ikan kecil untuk ikan besar
Kat Malaysia sekarang makin ramai pengguna Apple ni, jadi ambik kesempatan sikitla :)