Aplikasi Yang Perlu Ada Bagi Pengguna Android Rooted Phone

Ramai yang bertanya, selepas root android phone nak buat apa? :) Saya akui memang itu adalah silap saya yang hanya berkongsi tentang cara – cara untuk root sahaja. Jadi, untuk tidak terus mengecewakan rakan – rakan pengguna android rooted phone, di bawah saya kongsikan senarai aplikasi yang dibangunkan khusus untuk pengguna rooted phone.

Rooted Phone

Rooted Phone

AMARAN : Perlu saya tegaskan bahawa pemilihan aplikasi ini adalah bergantung kepada keperluan dan juga spesifikasi smartphone pengguna sendiri dan sebarang perkara buruk yang berlaku semasa dan selepas anda menggunakan aplikasi – aplikasi ini adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.

Aplikasi yang bakal saya senaraikan di bawah adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan akan disusun berdasarkan tahap pengalaman. (akan berubah mengikut keperluan)

Aplikasi Asas Untuk Android Rooted Phone

Ini merupakan aplikasi yang asas atau basic untuk android rooted phone dan saya sendiri gunakan.

1. Explorer – Google Play Link

Sekiranya anda inginkan yang lebih baik, dapatkan Root Explorer Pro (File Manager) dengan harga $3.88. Aplikasi ini membolehkan anda browse keseluruhan sistem file yang terdapat di dalam android phone anda.

2. AdFree Android – Google Play Link

Aplikasi ini berperanan sepertimana extension plugin ABP (AdBlockPlus) di browser komputer anda dengan menghalang ads atau iklan daripada dipaparkan di skrin android smartphone. Selepas install, pastikan anda bersambung ke internet dan melakukan proses update host names yang disediakan.

3. Market Enabler – Not Working Anymore

Aplikasi ini membolehkan anda mengakses mana – mana market (Google Play) dan tidak hanya terhad kepada stock market sahaja. Terdapat aplikasi yang ditawarkan khusus untuk market – market tertentu sahaja terutamanya US.

4. Titanium Backup – Google Play Link

Aplikasi ini merupakan aplikasi yang paling berguna untuk melakukan proses backup, restore dan freeze kesemua aplikasi yang terdapat di android phone anda. Versi Pro menawarkan servis yang lebih advance.

Aplikasi Intermediate Untuk Android Rooted Phone

Aplikasi yang saya senaraikan di bawah merupakan aplikasi pilihan dan bukan mandatori. Selain daripada itu, penggunaan aplikasi – aplikasi ini memerlukan sedikit kemahiran dan kefahaman tentang proses yang bakal dilakukan.

1. AnTuTu CPU Master – Google Play Link

Aplikasi yang membolehkan anda mengubah CPU dan GPU speed. Mampu memberikan kesan terhadap prestasi smartphone anda dan juga kadar bateri.

2. Triangle Away $1.81 – Google Play Link

Aplikasi ini khusus untuk pemilik Samsung Android sahaja (S2, Note dan S3). Triangle Away membolehkan binary counter yang merujuk kepada jumlah firmware flash yang telah dilakukan di reset kepada ‘0‘ dan membuang amaran “yellow triangle” yang biasanya muncul semasa proses boot selepas smartphone di root. Penggunaan aplikasi ini membolehkan status warranty kembali kepada sediakala sekiranya anda perlu membawanya ke servis center.

3. SetCPU $1.99 – Google Play Link

Memainkan peranan yang hampir sama sepertimana AnTuTu CPU Master. Mampu meningkatkan prestasi smartphone dan juga menjimatkan bateri bergantung kepada setting yang anda tetapkan.

4. Seeder $1.85 – Google Play Link

Aplikasi ini cukup berguna kepada pemilik peranti Android yang telah berusia dan dapat membantu mengurangkan lag. Aplikasi ini boleh diperolehi secara percuma dari xda developers. Rujuk POST INI untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Aplikasi Advance Untuk Android Rooted Phone

Senarai aplikasi di bawah memerlukan kadar kemahiran dan kefahaman yang tinggi dan sikap ‘berani mati’. :) bergantung kepada keperluan anda.

1. Mobile Odin Pro $4.84 – Google Play Link

Membolehkan anda melakukan proses flashing firmware terus di peranti anda tanpa menggunakan bantuan dari PC atau laptop. Kebanyakan model smartphone yang di support ialah keluaran Samsung.

2. ROM Manager – Google Play Link

Kepada yang berminat dan selalu melakukan flash ROM, aplikasi ini adalah disarankan. Ia mampu melakukan backup, restore dan flash rom terus di peranti anda.

3. Chainfire 3D – Google Play Link

Aplikasi ini mampu menyelesaikan isu permainan baru yang terdapat di pasaran sekarang tidak berfungsi di peranti android anda selain membolehkan permainan yang hanya khusus untuk peranti Tegra turut berfungsi di peranti non-Tegra. Perlu diingat, aplikasi ini hanya untuk smartphone yang memiliki 1Ghz  processor ke atas sahaja.

4. NoBloat

Aplikasi ini digunakan untuk membuang / memadam bloatware dari Android Stock ROM.

Final Thought

AMARAN : Terdapat aplikasi di bahagian Intermediate dan Advance mampu menyebabkan kerosakan di peranti anda. Fikir terlebih dahulu, baca cara penggunaannya sehingga betul – betul faham dan berhati – hati semasa menggunakannya. Sebarang masalah yang berlaku di peranti anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.

Senarai aplikasi untuk android rooted phone di atas hanyalah sebahagian sahaja daripada banyak aplikasi yang wujud di Google Play. Kebanyakan aplikasi di atas merupakan aplikasi yang masih dan pernah saya gunakan.

Personally, saya hanya menyarankan agar menggunakan aplikasi yang basic sahaja memandangkan aplikasi – aplikasi berkenaan tidak akan memberikan impak yang ketara kepada peranti anda dari aspek hardware mahupun software.

Sekiranya tidak keberatan, sudi – sudikanlah untuk berkongsi aplikasi yang anda gunakan di android rooted phone anda di bahagian komen di bawah. Melalui perkongsian ini diharapkan kita semua mendapat manfaat bersama.

Comments

  1. linda says

    nk dptkn semula folder n pic yg dh terformat tp smpi skrg masih takut2 utk meng’root’ kan tab saya ni..
    xder cara lain ker? harap dapat diperjelaskan…

  2. apis says

    Salam bro.. aku pnya tab 7 plus ni da root.. tp ram dye jd bratla.. dye guna 80-90%.. biasa dlm 70% je.. ada x cara2 nk kurangkan penggunaan ram?

      • meor readzuan says

        salam tuan . saya dah root phone samsung galaxy s advance saya . dan saya telah install chainfire 3d . lepas tu saya tekan install pd aplikasi tu . dan fon saya off blk dan on blk tp dia klua logo samsung galaxy s advance . dan hmpir 15 mnit saya tnggu . saya harap tuan dapat selesaikan masalah saya ni mcm mane .

  3. isz galaxy s3 says

    Bro… aq ade beli titanium backup pro version… lepas install die suruh download game die dulu tpi lepas tekan link die tak kuar ape2 pon download game… rugi aq byar mahal2

    • shraqs says

      Itu memang perkara biasa. Sy sendiri masa 1st time buat dulu pun terpaksa ulang banyak kali.

      Lepas root, performance phone takkan berubah.. masih lagi sama sepertimana asal. Bezanya sekarang, bro boleh tukarkan dengan custom ROM utk prestasi yang lebih baik & kita sendiri boleh mengawalnya mengikut kehendak sendiri.

  4. zaki says

    salam bro. kalau root galaxy sii xde kesan apa2 ke? root ni bukan format balik kan. aplikasi asal masih ada lagi ke selepas root ni?

  5. nizam says

    salam bro, nak tanya saya nak install game street fighhter 4 tapi dia ada suruh guna titanium backup(root), masalahnya handphone saya tak pernah root pun masih standard lagi (sgs2 i9100G), adakah smartphone saya kena root atau aplikasi game itu saja yg kena root??????dan apakah kegunaan titanium backup ni????…………..tolong jelaskan bro thanks………..

    • shraqs says

      W’salam,
      Saya tak pasti kenapa ada keperluan tersebut. Titanium Backup ini berfungsi untuk melakukan backup ke atas setiap aplikasi yang ada di phone. Mungkin itu hanya cadangan dari author tersebut untuk memudahkan proses revert ke asal sekiranya ada berlaku masalah selepas install game berkenaan.

    • nizam says

      oh…ya ke, kalu gitu tak jadi la saya nak insall game tu takut terjadi apa2 kemudian hari…..tima kasih atas penjelasan bro….

  6. ahmad syakir says

    salam bro…aku nak tanya sikit…aku ade install titanium..tp icon die tak keluar la kat dalam phone s3 aku..nape ea?

    • shraqs says

      ROM Manager lebih kepada aplikasi yang memudahkan proses ROM installation dilakukan terus di phone tanpa menggunakan komputer. BTW, stock ROM refer pada Firmware yang di release oleh syarikat pengeluar phone tanpa sebarang modification dari pihak ketiga. (original firmware).

  7. gambarlama says

    aku rsa lucky patcher perlu ada pada pengguna root. boleh patch apps supaya jadi tulin/macam dh bayar lah. hampir semua yg ada kt atas aku dh balun /try
    cynogen mod rom, paranoid rom… last2 balik semula asal install official rom 2.3.6.. hehehe
    thank to all.

  8. iAwani says

    fuh, menggunakan telefon android jenis rooted memang perlu ada sikap ‘berani mati’ juga .. sebab versi androidnya seakan sama dengan ciri pirated. Anyway aplikasi di atas boleh di muat turun untuk di cuba-cuba.

    • shraqs says

      Saya menganggap, rooted phone sebagai cara kita mengguna dan mengubah gadget milik sendiri secara penuh tanpa sebarang limit. Bebas untuk berbuat apa sahaja mengikut kehendak sendiri. Soal berani mati tu, lebih pada risiko yang diambil. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *