Pemilikan smartphone di kalangan blogger adalah satu perkara yang normal memandangkan ia sedikit sebanyak membantu pemilik blog untuk melakukan apa jua proses yang berkaitan dengan blog dilakukan lebih cepat dan pantas secara on the go di mana jua mereka berada. Sebagai salah seorang pengguna smartphone Android dan pemilik blog, di bawah ini saya kongsikan senarai aplikasi android untuk blogger yang boleh dimuat turun secara percuma samada pengguna WordPress atau Blogspot untuk menghasil, mengedit, reply komen, memantau trafik, server dan sebagainya.
Senarai Aplikasi Android Untuk Blogger
Berikut merupakan senarai aplikasi yang saya sendiri gunakan di peranti Android untuk memantau secara on the go tanpa perlu bergantung kepada laptop setiap masa dan tempat.

Aplikasi Android Untuk Blogger
WordPress
Selaku pengguna dan pemilik blog yang menggunakan platform WordPress, aplikasi WordPress Untuk Android adalah cukup penting. Antara fungsi yang paling banyak saya gunakan ialah reply komen dan juga sebagai catatan setiap kali mendapat ide untuk entry yang bakal dihasilkan.

WordPress For Android
- Download Link : Google Play
- Developer : Automattic Inc
Versi terkini WordPress Untuk Android sehingga 14 November 2012 ialah versi 2.2.5.
Blogger
Berita baik untuk blogger yang menggunakan platform blogspot, aplikasi Blogger telah pun di update ke versi 2.0. Personally, versi terbaharu ini lebih stabil berbanding versi awalnya.

Blogger
- Download Link : Google Play
- Developer : Google Inc
Versi terkini Blogger Untuk Android sehingga 14 November 2012 ialah versi 2.0.
Google Analytics
Selaku blogger, kebolehan untuk memantau statistik secara on the go adalah satu bonus. Penggunaan aplikasi Google Analytics mampu memaparkan trafik semasa, unique visitor (custom), dan pelbagai fungsi lain mengikut kehendak pengguna.

Google Analytics
- Download Link : Google Play
- Developer : Google Inc
Versi terkini Google Analytics Untuk Android sehingga 14 November 2012 ialah versi 1.1.7.
Pingdom
Menerusi post terdahulu, saya pernah kongsikan secara detail tentang pengalaman sendiri menggunakan aplikasi Pingdom DI SINI. Aplikasi ini penting kepada blogger yang menggunakan self hosted blog (hosting berbayar) untuk memantau prestasi hosting (server) blog anda samada online atau sebaliknya. Anda mampu memantau tahap response, uptime, dan downtime.

Pingdom
- Download Link : Google Play
- Developer : Pingdom
Versi terkini Pingdom Untuk Android sehingga 12 Jun 2012 ialah versi 1.1.
Final Thought
Diharapkan, senarai aplikasi android untuk blogger yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan – rakan blogger untuk lebih aktif dan kreatif. Nasihat saya, setiap kali anda mendapatkan sebarang aplikasi dari Google Play, pastikan anda memilih dari developer yang dipercayai untuk memastikan tahap keselamatan blog dan smartphone anda tidak terjejas.
sudah saya install semuanya..
banyak guna
Mus recently posted…Merakam Gelagat Manusia Di Pasar Tamu Tuaran, Sabah
banyak juga apps yg berguna untuk blogger rupanya. Setakat ni saya guna blogger apps je.
kimmie recently posted…iPhone 5 gadget impian
Yang dlm senarai ni sy sendiri guna Kimmie,.. kalau ikutkan banyak lagi.
memang selalu update blog guna smartphone skrg ni. thank for tip bro
Ladfe Amir recently posted…Tip Untuk Menghilangkan Kebencian
Ni mesti banyak berjalan2 ni kot. :)
nak install Pingdom juga.. baru tahu ni.. TQ ya..
Mus recently posted…(Gambar Instagram) Kisah Ke Kebun Buah Tarap Di Kg. Baru Saub, Nabawan
Pingdom ni memang bagus utk pantau prestasi server hosting. Kalau selalu sangat down, boleh pertimbang utk tukar hosting…
Semua yang disebutkan belum pernah cuba. Memang khas untuk blogger tegar, sambil jalan2, boring2 tunggu giliran urusan dikounter2 perkhidmatan blogger boleh manfaatkan masa menunggu guna aplikasi tu. Dalam tandas pun boleh guna :) …
luke recently posted…TEKNIK PROMOSI RISALAH KUNCI KEJAYAAN PERNIAGAAN.
Ha ha . Sambil duk d bilik termenung pun boleh post update.
sangat berguna untuk live update. banyak kelebihan smartphone tapi tulah rasa belum keperluan lagi nak pakai smartphone walaupun memudahkan.
Izwan recently posted…Review BMG Homestay Batu Caves Pilihan Last Minute Terbaik
Betul tu,.. aplikasi ni semua memang memudahkan especially utk blogger tegar. Mungkin akan tiba masanya nanti utk bro Izwan akan turut gunakan aplikasi ni semua.
Pemikir baru sahaja download aplikasi ini. Masih lagi cuba untuk membiasakan diri dengan menu yang ada. Thanks atas info berguna. Saya pasti selalu datang sini.
Pemikir recently posted…MAHA International 2012
Kalau 1st time cuba memang terasa janggal jugak. BTW, aplikasi ni sesuai utk hasilkan simple post.
smua tue xprnh install lg hp..
cik tom recently posted…Buah Hati Baru
Nanti boleh la dicuba ciktom ya..
ok..1st nak install wp for android kt note..hee
cik tom recently posted…Mahalnya Ucapan Terima Kasih
Laa,.. ciktom tak guna WordPress utk Android lagi ke? Saya andaikan ciktom mesti dah guna dari awal lagi… cepat2 install ciktom. :)
aku sampai sekarang x reti la nak guna wordpress android
Juan recently posted…Serangan Malware Pada Blog Melumpuhkan Trafik Harian
Kena explore lagi tu bro..
saya juga selalu gunakan aplikasi WordPress jika jauh dari Wifi. Satu lagi, saya juga gunakan aplikasi Google Currensts, Flipboard, Pulse dan Google Reader untuk mencari berita teknologi.
Google Reader & Currents memang banyak membantu. Flipboard & Pulse saya tak guna banyak resource.
applikasi sebegini memang memudahkan kita kan :)
Betul tu Puteri…
mudah mengupdate blog di mana-mana sahaja…ini lah dyang dikatakan blogger tegar…:D
Norizwan recently posted…The Walking Dead Season 3 semakin panas
Blogger tegar mesti guna ni…
kalo x silap ade apps mcm seomojo untuk semak ranking menggunakan keyword..berguna juga kalo msuk contest seo..hehe
LangkawiHomestay recently posted…Najhan Homestay
TQ bro sebab sharing. Berguna utk yang pentingkan SEO tu.
applikasi sebegini memudahkan kita untuk mengupdate blog di mana sahaja.. sangat mudah! good sharing bro..
donnyien recently posted…Blogger yang sombong
Betul tu Donny. Aplikasi ini memang berguna especially kepada yang selalu sibuk dan sentiasa on the go..
Google analytics ada juga rupanye :) nice info bro
Shahrul recently posted…10 Gadget dan Aplikasi yang Memalukan untuk Diguna
Google Analytics tu masih baru dikeluarkan oleh Google. Masih banyak yang boleh ditingkatkan.
Boleh la.. daripada takde. :D Kurang feel la update blog guna mobile device ni.
anif recently posted…Ini Bukan Durian Crepe.. Ini Durian Sebenar!
Dari segi feel memang tak dapat dinafikan,… guna pc lebih puas hati especially kalau entry yang detail. Utk simple2 post kira okaylah.. :)
Bagus juga bila blog kita dpt dilihat dan digunakan di smartphone kita, jika berada di luar yg jauh drp rumah.
Treima kasih saudara..bro…
sensasi2020 recently posted…iphone 5 Gadget Impian
Memang banyak memudahkan..