Rasanya dah agak lama saya tidak keluarkan post yang rasanya agak stereotype begini. Kenapa saya kata stereotype? Sebabnya dah ramai yang bincangkan isu ini cuma dengan cara, ide dan penyampaian yang berbeza. Personally, kalau saya ditanya soalan ini “Apa dan Siapa yang Menginspirasikan saya untuk mula Berblog”.. jawapannya cukup banyak dan berbeza dari dahulu hinggalah sekarang.
Pertama kali saya mengenali dan mula berjinak – jinak dengan blog, terutamanya blogspot adalah sekitar tahun 2005 dan perlahan – lahan beralih kepada WordPress tanpa sebarang pengetahuan asas tentang platform – platform berkenaan. Kisah penuh boleh rujuk post saya DI SINI.
Berbalik kepada topik asal, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajukan soalan di atas kepada semua rakan – rakan blogger yang membaca post ini. Perkongsian rakan – rakan sekalian sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan kepada saya dan juga rakan – rakan yang lain.
Apa Yang Menginspirasikan Saya Untuk Mula Berblog
Kalau dahulu, sebelum blog MobilityWorlds ini diwujudkan.. kira – kira 5 – 6 tahun yang lepas, tujuan utama atau perkara yang menjadi inspirasi untuk saya berblog adalah online income. Bermacam – macam perkhidmatan yang saya sertai, namakan saja.. dari sekecil – kecil sistem affiliate, CPC, PTC dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, segala – galanya telah berubah disebabkan faktor umur, kecenderungan minat, dan yang paling utama ialah passion. Tidak lupa juga banyak perubahan yang berlaku sejak 5-6 tahun yang lepas dengan hari ini.
Siapa Yang Menjadi Inspirasi Saya Untuk Mula Berblog
Inspirasi saya dahulu cukup ramai dan semestinya golongan – golongan yang datang dari bidang menjana income secara online dan kebanyakan mereka sekarang ini tidak lagi aktif seperti dahulu. Kalau ada pun, boleh dikatakan mereka ini telah beralih arah kepada passion yang berlainan.
Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa blogger yang masih saya jadikan inspirasi sehinggalah sekarang, antaranya ialah Darren Rowse (Problogger), Brian Clark (Copyblogger), John Chow (JohnChow.com), dan Hongkiat.com. Kalau nak sebut semua memang ramai lagi, rasanya dah cukup tu.
Personal Thought
Dalam apa jua bidang yang kita ceburi, tidak kira online ataupun offline,.. dorongan dan inspirasi adalah sesuatu yang penting untuk menentukan hala tuju kehidupan dan begitu juga dengan blog. Memilih niche yang tidak disertakan dengan passion tidak akan membawa kita ke mana – mana.
So, macamana dengan rakan – rakan sekalian? Ada yang ingin dikongsikan? Jangan segan – segan untuk meninggalkan pendapat, ide dan pandangan anda di ruangan komen di bawah. Saya nantikan perkongsian anda.
Tidak dinafikan pendorong utama untuk saya berblogging dulu adalah kerana faktor income yang boleh dijana dengan blog. Tapi lama kelamaan datang minat untuk menulis blog dan wang ringgit itu tidak lagi dijadikan faktor utama.
Hazmin Hamudin recently posted…Video Filem Menghina Nabi Muhammad SAW Arahan Sam Bacile
Lebih kurang sama la kita ni kan. Sampai masanya, kecenderungan & minat akan berubah mengikut masa dan umur
Tak sangka ekk inspirasi kau tuh.. Hongkiat salah satunya.. i loike
aku memang suka baca sesawang beliau..
Ok brother.. all d best gd luck
nurmisnan recently posted…Contest Eizil – Kenapa aku menulis blog
Hongiat memang antara blog inspirasi tempatan yang terbaik. Masa 1st diorang keluar lagi memang dah follow. Good luck 2 U 2. :)
shraqs recently posted…New iPod Nano Untuk Penggemar Muzik
Sungguh susah nak membuat blog yang bercerita tentang sesuatu perkara sahaja..emm pondok kecil pun bercampur aduk sekali..haha..inspirasi dalam berbloging pun sikit..emm susah2..hehe
Hafizul recently posted…Kehidupan Di Alam Percintaan
Biasanya akan mengambil masa. Lama2 nanti mungkin akan lebih menjurus
aku mulanya buat blog untuk sekolah
untuk cerita hal sekolah je
tehr recently posted…Malaysia VS Vietnam
Sekrang dah beralih arah la ni. :)
minat main SEO
beckhr00y recently posted…Gabriel Muniz Pemain Kudung Hebat Bermain Bola Sepak
Biasanya kecenderungan terhadap SEO ni tak lama,.. bila dah tahu sedikit sebanyak memang akan diaplikasikan secara tidak langsung. :) IMHO
salaam. Saya inspire nak buat blog sbb saya nak berkongsi hidup saya, apa saya buat,, dan minat saya terhadap retro art, dan muzik jazz dan action game serta kehidupan sebagai student di cucms. saya ada pendirian dan pendapat sendiri terhadap sesuatu hal, jadi blog adalah medium untuk saya luahkan segalanya. Personal blog susah nak tarik readers sbb niche nya general. jadi, saya hanya fokus pada minat saya sahaja..tak mau campur hiburan, politik, dll lain2 yang tak berkaitan. saya harap pembaca sentiasa dpt mengenali identiti dan minat saya melalui blog saya itu. Ianya khas mengenai diri saya sahaja. blogger yang inspire saya ialah nizamghazi.com dan johnchow.
Lily Nrman recently posted…Part 3 : Kali Ni Baru Betul!
Sememangnya blog Lily ada identiti yang tersendiri, especially retro art & game section. Jarang jumpa perempuan yang cukup obses ngan gaming. :) BTW, nizamghazi tu pun sy mula kenal lepas buat blog inilah, termasuklah blogger2 taiko tempatan yang lain. Kalau tak memang tak tahu.
sy byk inspirasi heee sal ada ruang insyallh blh jer klu ada smgt urk berblog jgn padna trus melainkan nak beak lama skit
suri recently posted…Salah Sendiri Salahkan Orang Lain Pula
Kalau baca blog suri memang tau suri banyak inspirasi, selain memberi inspirasi pada org lain. :-)
aku rasa ko dah tahu jawapan aku kan? haha..
titan recently posted…Komisen ke 95 dari TNX
Ko memang tak payah cakap bro. Aku sendiri tabik spring ngan ko kalau pasal buat duit.
Masa mula-mula buat blog dekat blogspot dulu, sebab saja-saja isi masa lapang. Duk edit-edit template segala. Main photoshop. Tapi makin lama dah hilang dah minat tu. Lagi-lagi bila dah berhijrah ke WordPress. Baru terasa nak menulis secara serius.
Lebih kurang la bro. Masa di blogspot jugalah aku belajar pasal HTML / coding sikit2. Bila pakai wordpress & hosting berbayar kenalah serius sikit,.. kalau tak rugi je bayar. :)
aku berblog sebab minat dan suka-suka..matlamat buat duit tu ada jugak..tapi maybe 1% aje
Setuju! Minat memang penting,.. takde minat, boleh terbengkalai blog separuh jalan.
saya tidak menulis blog kerana duit.. saya menulis blog sebab suka tengok orang lain ada blog.. huhu… boleh ker camtu … :)
Itupun inspirasi jugak tu,.. kalau orang lain boleh buat, kita pun mesti boleh kan.
sy suka akan kata2 bgtu hee,,,
suri recently posted…Awas! Cahayacinta.com Memerhatikan Kamu
Bukan apa suri, selalu sangat dengar org beri alasan. Semua terpulang pd diri sendiri kan.
cik tom mula berblog isi masa lapang n adik jadi inspirasi berblog bl tgk dia rajin update blog… bila dah makin explore dunia blogging makin ramai blogger yg jd sumber inspirasi secara xlgsg :)
cik tom recently posted…Blog Ciktom.com masuk Apa Kata Wanita (AKW)
Sekarang ni adik ciktom masih aktif lagi ke? Personally, blog ciktom merupakan salah 1 blog Msia yang saya anggap cukup unik.
aah adik ciktom masih berblog cuma krg aktif sb busy kerja..dia gn nickname miss yaty..apa yg uniknya?curious nk tau..hee
cik tom recently posted…Website Says New Interface (Says Berwajah Serba Baru)
Ooo.. miss yaty tu ke? Rasanya pernah jumpa jugak blog beliau. :)
BTW, saya suka blog ciktom sebab cara penyampaian yang rasanya lebih dekat kepada pembaca, mungkin disebabkan perkongsian ciktom berdasarkan pengalaman ciktom sendiri.
entah susah nak cakap sebab blog aku tiada niche yang khusus tetapi aku adalah inspirasi untuk diri sendiri.
Biasanya niche akan datang kemudian,.. boleh dibentuk sedikit demi sedikit.
masa memula dulu cuma jadikan diari jer. catatan harian supaya tak lupa. tapi sekarang lebih kepada catatan harian juga lah.. dulu kini dan mungkin selamanya.
Cikgu Hairul recently posted…Sapa lagi risau?
Buat diari yang ada respons memang seronok. At least boleh berkongsi pengalaman hidup.
aku dulu sebab minat buat blog sebab aku suka design blog dan terasa tension sebab blog yg ada kat dunia internet masa tu langsung xder yg kreatif, last last bila ada blog skrg, design bukan sebab utama, akan tetapi pengisisan dan juga minat menulis menjadi tujuan utama
Senang cerita, aku boleh rumuskan kebanyakan yang buat blog memang disebabkan faktor minat.
pada asalnya ingin mengis masa lapang..ttp bila dah ada target baru lah mula series..huhu
Jebeng Otai™ recently posted…WordPress Update : 3.4.2 Ada Bug?
Itula kan,.. kadang2 tu memang sebab terikut2.. bila dah sampai satu peringkat baru kita nampak hala tuju.
Hmmm.. inspirasi datang dari anak sulung saya. Motivasi untuk terus berblog tentunya datang dari diri sendiri :D
anif recently posted…Monday Blues Yang Tidak Disengajakan
Itu yang menariknya,.. inspirasi ni boleh datang dari mana jua.. :) TQ sebab sharing.
majoriti orang mula buat blog sebab nak buat duit :)
tapi lama2 nanti baru betul2 serius…
Shahrul recently posted…Perlu ke Tukar Bendera?
Memang aku sendiri buat macam tu, tak dapat dinafikan. BTW, dulu2 memang banyak program2 yang mudah nak join & dapat income sebab TOS diorang tak macam sekarang. Macam biasalah,.. bila dah makin banyak syarat2 yang pelik2, penyertaan pun makin banyak, mulala servis2 ni buat hal. Minat kita pun makin merudum.. :)
Ambe akui jugak, mula2 buat blog mmg nak buat duit. Antara paling awal pasal adsense. Bro Sham tu antara sumber inspirasi. Blogger Khai, Bro Rohaizad, Bro SmartZul antara mereka yg cukup ambe kagum smpailah sekarang.
Akhirnya, duit bukan lagi tujuan utama walaupun nak jugak merasa (hahahaha), tapi keinginan untuk berkongsi dan membaca blog rakan2 dah menjadi satu hobi dan kepuasan.
hafizmd recently posted…Menulis Biar Bersungguh!
Masa sy mula berkecimpung dulu memang jarang jumpa blogger tempatan yang berkaliber macam sekarang. Kalau yang famous pun lebih pada dunia hiburan jelah. Bila start mobilityworlds ni barulah tau wujud blogger2 Msia yang hebat2.
Duit sampingan dr blog dikira satu bonus, kalau rajin memang boleh buat duit macam Titan..