Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Android Root

Penggunaan perkataan atau terma “root” sememangnya sudah sinonim dengan pengguna Android (smartphone dan tablet) sebagaimana terma “unlock” dan “jailbreak” kepada pengguna iOS (iPhone dan iPad). Berikut, saya sediakan panduan asas kepada pengguna Android yang berhasrat untuk mengenali dengan lebih dekat persekitaran Android Root.

Android Root

Android Root

Apa itu Root?

Persoalan ini selalu dikemukakan oleh pengguna Android yang baru berkenalan dengan persekitaran Android. Maksud Android Rooting berdasarkan Wikipedia adalah seperti berikut :

Android rooting is the process of allowing users of smartphones, tablets, and other devices running the Android mobile operating system to attain privileged control (known as “root access”) within Android’s subsystem. As Android was derived from the Linux kernel, rooting an Android device is similar in practice to accessing administrative permissions on Linux or any other Unix-like operating system such as FreeBSD or OS X.

Konsep Asas Android Root

Bayangkan bangunan tempat anda bekerja merupakan bangunan 10 tingkat dan pejabat anda terletak di tingkat 5. Anda akan berulang alik datang ke tempat kerja dan sentiasa menuju ke tingkat 5 dengan melangkau 4 tingkat di bawah dan 5 lagi tingkat di atas anda. Mungkin anda rasakan bahawa diri anda cukup arif tentang bangunan tersebut… Pernah atau tidak anda terfikir apa yang ada di setiap tingkat tersebut dan ke mana hala tuju setiap pintu yang ada di bangunan tersebut?

Rasanya anda mungkin sudah dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan. Bayangkan peranti Android anda adalah bangunan 10 tingkat yang saya maksudkan di atas, setiap masa anda menggunakannya tanpa menyedari bahawa masih terdapat pelbagai kemungkinan yang belum di explore sepenuhnya (9 tingkat dan ratusan pintu).

Dapat saya simpulkan dengan mudah bahawa proses rooting merupakan tindakan anda untuk memulakan proses penjelajahan ke sembilan tingkat dan pintu – pintu yang tidak pernah anda buka sebelum ini.

Fakta Dan Risiko Rooting

Pasti ramai yang tertanya – tanya apa itu android root,.. apa kelebihan,.. apa risiko,.. apa perlu buat lepas root dan bermacam – macam persoalan lagi. Semuanya bergantung kepada diri masing – masing. Sekiranya anda sudah cukup selesa dan berpuas hati dengan peranti yang anda miliki, abaikan rooting. Jika sebaliknya, anda boleh mengambil risiko yang mampu mengujakan anda. Mulakan penjelajahan anda ke 9 tingkat yang belum pernah anda terokai sebelum ini dan apa jua kemungkinan yang wujud di sebalik setiap pintu yang anda buka. Anda tidak akan tahu apa yang terdapat di sebalik pintu – pintu tersebut, boleh jadi sesuatu yang menarik ataupun sebaliknya.

Kenapa Rooting?

Setiap orang akan memberikan alasan yang berbeza. Antara jawapan yang biasa ialah :

  • Nak jadikan phone lebih laju dan responsif,
  • Tak suka stock theme atau stock user interface (UI),

dan pelbagai alasan lagi yang kadang – kadang di luar jangkaan.

Kesimpulannya, pengguna android akan melakukan proses rooting ini kerana mahu menjadikan smartphone yang dimiliki mereka dilengkapi dengan ciri identiti yang tersendiri atau lebih tepat lagi mengikut kehendak pemiliknya (unik).

Terma – Terma Asas Android Root

Sebelum anda pergi lebih mendalam tentang persekitaran root, terdapat beberapa terma yang perlu anda kenal pasti dan fahami terlebih dahulu. Antara terma yang selalu diguna pakai dalam persekitaran android root ialah ;

  • Stock ROM / Stock Firmware

Android OS (operating system) standard yang dikeluarkan oleh Google dan diubahsuai mengikut kehendak pengeluar smartphone dengan penambahan bloatware (aplikasi, theme dan sebagainya) bagi memberikan ciri pengeluar masing – masing. Satu – satunya peranti yang benar – benar menggunakan Android OS tanpa sebarang pengubahsuaian ialah peranti Nexus.

  • Custom Firmware / Custom ROM

Android OS yang telah diubahsuai oleh pihak ketiga selepas dikeluarkan oleh pengeluar smartphone. Kebanyakan custom ROM dihasilkan oleh individu atau kumpulan yang bergelar developers. Setiap developers menghasilkan custom ROM berdasarkan citarasa masing – masing.

  • Kernel

Kernel merupakan bahagian yang paling penting dalam Android. Setiap stock ROM dan custom ROM dibina berasaskan kernel yang dikeluarkan. Secara ringkasnya, kernel memainkan peranan sebagai perantara antara operating system, pengguna dan hardware.

  • Brick

Ini merupakan terma yang paling tidak diingini oleh pengguna Android, yakni peranti anda berada dalam status tidak berfungsi (rosak). Situasi ini terbahagi kepada dua, samada half brick / soft brick atau hard brick.

  1. Half brick / Soft brick – peranti masih boleh di reboot,
  2. Hard brick – peranti langsung tiada respon.
  • CWM (ClockWorkMod)

CWM recovery merupakan custom recovery yang dibangunkan oleh developer untuk membolehkan pengguna melakukan beberapa operasi yang tidak dapat dilakukan oleh stock recovery. Antaranya ialah ; proses installation, backup, restore dan sebagainya. Kebanyakan proses rooting turut menggunakan akses CWM untuk rooting peranti Android.

  • Flashing

Ringkasnya, flashing merupakan proses menginstall firmware ke peranti Android secara manual.

Sumber – Sumber

Sekiranya anda sudah bersedia, di bawah ini saya sertakan beberapa sumber yang terbaik untuk anda jadikan rujukan ;

  • XDA Developers – Ini merupakan forum terbaik dan terbesar untuk pengguna Android. Anda boleh dapatkan pelbagai input.
  • CynogenMod – Sumber custom ROM yang terbaik.
  • AOKP – Sumber custom ROM.
  • samfirmware – Stock dan Custom Samsung Firmware (Android, Bada)
  • ASUSTeK – Stock Firmware & Driver download page.

Info Tambahan

Membuat Keputusan

Sebelum anda mengambil sebarang keputusan samada untuk root atau sebaliknya, pastikan anda betul – betul faham dan tahu apa yang anda lakukan. Jika tidak, teruskan membaca dan dapatkan input dari pelbagai sumber yang lain.

Untuk mengurangkan risiko, pastikan setiap sumber (bahan) yang anda perolehi adalah dari sumber asal yang boleh dipercayai dan disertakan dengan support yang baik.

Baca dan fahami arahan yang dibekalkan oleh setiap sumber yang anda jadikan rujukan selain daripada respon pengguna. Banyakkan membaca dan semoga selamat memulakan penjelajahan dalam persekitaran android root.

Comments

  1. bagaimana cara root sony xperia go st271 jellybean 4.1.2?

  2. Assalamualaikum. nak tanya la. klo kita root, gna stock rom, x kan dapat official update. sbg contoh klo s3 dpat key lime pie 5.0. jd pas root, x leh update ke? nak kepastian sahaja.

  3. Sy try dri td nk rooting xleh ler..sy gne galaxy note gt7000 2.3.6 tlg sy..

  4. zahir_ag says:

    Hye..
    Utk gt p1000 ada x?

  5. rom untuk s advance?

  6. salam..nak tny,ada tak tutorial cara2 nak root galaxy w?
    tq..

  7. satu lagi nak tambah…
    custom kernel :D

  8. Thanks for dan Info. Baru la dapat penjelasan penuh pasal Root, plash, stock semua…

Speak Your Mind

*