Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

Android Jellybean 4.1.2 Galaxy S2 (I9100G)

Selepas mengeluarkan Android Jellybean 4.1.2 Galaxy S2 (I9100), kini tiba giliran Galaxy S2 model I9100G pula turut merasa official Jellybean 4.1.2 dari Samsung. Walau bagaimanapun, perlu saya ingatkan bahawa firmware XXLSR ini bukanlah untuk region Malaysia sebaliknya untuk region Österreich, Belgien, Frankreich, Deutschland, Ungarn, Italien, Spanien, United Kingdom (Western Europe).

Namun demikian, ini bukan bermakna pengguna Galaxy S2 (I9100G) di Malaysia tidak boleh menggunakan firmware berkenaan. Sekiranya anda berminat untuk melakukan proses upgrade firmware ini, anda boleh berbuat demikian dengan melakukan upgrade secara manual menggunakan Odin. Ikuti panduan di bawah.

Jellybean 4.1.2 - Galaxy S2

Jellybean 4.1.2 Galaxy S2 (I9100G)

Firmware Details

  • PDA: I9100GXXLSR
  • CSC: I9100GXEFLSR
  • Version: 4.1.2
  • Date: 2013-01-28
  • Regions : Österreich, Belgien, Frankreich, Deutschland, Ungarn, Italien, Spanien, United Kingdom (Western Europe)
  • DOWNLOAD : I9100GXXLSR_I9100GXEFLSR_XEF.zip (565.9MB)

Lain Lain Firmware :

Langkah – Langkah Upgrade Android Jellybean 4.1.2 Galaxy S2 (I9100G)

PERINGATAN : Mobilityworlds tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap peranti anda selepas mengikuti tutorial ini. Tutorial ini merupakan sebahagian daripada perkongsian maklumat dan risikonya adalah tanggungjawab anda sendiri. Pastikan anda melakukan proses backup ke atas data – data penting yang terdapat di peranti terlebih dahulu.

Berikut ialah langkah – langkah untuk melakukan proses upgrade Android Jellybean 4.1.2 Galaxy S2 (I9100G) XXLSR ;

Langkah Persediaan :

  • Lakukan backup di Samsung Kies atau apa jua cara yang anda gemar dan selesa.
  • Download Odin 3.04 (atau lakukan carian di Google)
  • Download Firmware I9100GXXLSR_I9100GXEFLSR_XEF.zip dan extract untuk mendapatkan fail (I9100GXXLSR_I9100GXEFLSR_XEF.tar.md5).
  • Setkan smartphone anda ke USB Debugging Mode ( Setting -> Developement -> USB Debugging ).

Step by Step Guide

  • Run Odin di PC / laptop dan klik button PDA – pilih fail I9100GXXLSR_I9100GXEFLSR_XEF.tar.md5 yang telah di extract. Abaikan lain – lain button.
  • Matikan smartphone anda dan enter Download Mode ( POWER + VOLUME DOWN + HOME )
  • Pilih Continue untuk teruskan proses flashing (gunakan volume button untuk buat pilihan)
  • Sambungkan smartphone ke PC / laptop menggunakan USB cable dan tunggu sehingga Odin mengenal pasti smartphone anda dan ruangan ID:COM akan berwarna kuning.
  • Setelah dikenal pasti, klik button Start dan tunggu sehingga proses flashing selesai. Proses upgrade ini boleh mengambil masa antara 5 – 10 minit.
  • Setelah selesai, smartphone Galaxy S2 (I9100G) anda akan restart secara automatik.

Jika semuanya berjalan lancar, smartphone anda kini telah berjaya di upgrade ke Jellybean 4.1.2. (Setting -> About Device -> Android version).

NOTA : Sekiranya anda menghadapi masalah seperti phone tidak berjaya di reboot atau stuck di samsung logo, sila ulangi proses yang sama lagi sekali atau, sekiranya phone anda mengalami masalah force close dan lag, lakukan Factory Reset. (Setting -> Backup and reset -> Factory data reset).
ROOT : Proses Rooting / Unroot Jellybean 4.1.2 I9100G boleh dirujuk berdasarkan panduan dari Ryuinferno dari XDA Developers.
INFO: Senarai terkini Samsung smartphone dan tablet yang akan dan telah menerima update Jellybean 4.1.1 dan 4.1.2 boleh dirujuk DI SINI.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. Bro nk tnya boleh?..lau kita guna version negara luar..dapat guna line 3g kt malaysia jga ker bro?..sbp sy x guna wifi..pkai line 3g jer…

  2. Ransford says:

    I reside in Ghana – West Africa. My phone has below when I check from KIES. How can I use any of the above firmwares?

    Current firmware version:PDA:LPQ/PHONE:LP5/CSC:LP7(INU)
    Latest firmware version: PDA:LS3/PHONE:LS2/CSC:LS3(INU)

  3. bro..sy pkai yg france tu,dlm shari fon sy msty off sndiri@sudden of deeath..cmne nk fix kn bro??tlg la brooo!!!

  4. kushina uzumaki says:

    napa id.com masih warna biru..?? selepas sya plug in usb cable? brapa lama sya kena tunggu id.com supaya menjadi warna kuning?

  5. kushiana uzumaki says:

    klu s2 sya blom root,sya masih bolehka melakukan proses d atas dgn mengunakan odin?

  6. terima kasih bro..sgt berkesan..
    rezza recently posted…Video Iklan Samsung Galaxy S4

  7. Assalam bro..apesal lepas aku update ke JB 4.1.2 ni..phone macam auto off..kene tekan button ON balik..setiap hari mesti jadi sekali..aku dah buat factory reset dah..

    • fadhli s2 says:

      sama la kite bro..tlg la bro sharq,cmne nk fix kn nie?pnat asyk nk kne on jer..button on pon da cm otw nk jem jer

  8. Private 3y3 says:

    Salam bro. Nape lepas flash boot mmg lambat? Pastu aku buat factory reset dan wipe data cache pon boot lambat jugak. Satu lg yg aku perasan kalau low battery x de warning sound. Tolong bro dh tepu ni…

    • Cuba flash lagi sekali

      • Private 3y3 says:

        Dah flash 2-3 kali termasuk hard reset and wipe cache. Siap tuka2 version Odin lagi. Problem lag boot masih sama gak. Kadang2 sampai kena cabut bateri 2-3 kali baru boleh on tu pon lag jugak… Ish penin… Yang UK version ni ada problem ke x?

  9. bro..pesal aku pas update ni..wifi off time screen lock?dlu bile nset lock screen,wifi msih on/..ni lock screen je wifi off..

  10. Salam..
    Bro, semalam try update. ID:COM x tukar kuning pon tapi dekat message ada tulis “Added”… So dah boleh start flashing ke blom?? Habis tengok 2 movie pon x tukar2 kuning… Penat menunggu…

  11. salam bro… Android Jellybean 4.1.2 Galaxy S2 (I9100G) versi malaysia blm ada lg ker?
    klu dh update ke Android Jellybean 4.1.2 Galaxy S2 (I9100G) adakah versi saya 4.0.3 yg dh root kne root blk?

  12. hello
    bole x tolong uploadkan link firmware guna filehost lain? hotfile xleh nak donlod hbs. xleh resume pulak tu. tq byk2 ya kalo dapat upload guna link lain..:)

  13. “Sambungkan smartphone ke PC / laptop menggunakan USB cable dan tunggu sehingga Odin mengenal pasti smartphone anda dan ruangan ID:COM akan berwarna kuning.”

    kenapa odin saya still warne biru saje?? mintak pencerahan…

  14. Bro, saya download jelly bean china version pun sama?

  15. kalo da update ke 4.1.2 jellybean rom dia bertukar mcm s3 ke??

  16. Salam bro..

    Aku dh install firmware ni kat S2 aku…alhamdulillah…sukses….cuma aku nk tny…leh x aku nk install S-Note, S-Voice n Multi Windows kat JB 4.1.2 ni ??? hrp2 dpt mmbntu…n lg 1….ada cara x nk wat lock screen sama cm Note 2 tu…ada glombang air tu…hehehe….

  17. salam.. kalau dah root ics 4.0.3 boleh terus upgrade jellybean 4.1.2 guna Odin ke? tlg bagi pencerahan sikit..
    johan recently posted…Samsung Unpacked 2013 Galaxy S IV

  18. bro,
    kalau guna odin nie..masa lepas kita select continue flashing tue, dia akan kuar paparan downloading ke kt phone? satu lagi dia amik masa brapa lama utk ID:COM tue tukar colour jd kuning? aku tunggu lebih dari 15min dh x tukar2 pon. message dekat odin tue dia kuar nie je Added!!
    Removed!!
    Added!!
    Removed!!
    Added!!
    Removed!!
    Added!!

    tolong aku bro..

  19. Alhamdulillah dah bjaya update.Kena wipe data/factory reset dulu.Baru guna Odin dan Flash.Best juga version baru nie screen nampak lagi terang.Cuma x pasti boleh root ke tidak?

  20. Sudah flash tapi fail guna Odin utk update jellybean.Root je bjaya buat utk samsung s2 g version.Saya kena tekan volume up+power+home tuk recover balik.

  21. Alhamdulillah .
    setelah berhempas pulas cari kat xda , google , wiki , dig sana dig sini .
    the very solution adalah trial and error :)
    senang je nak fix sebenarnya .
    hihihihih .
    terima kasih tuan tanah kerana melayan kerenah saya ni :D

    solution = trial and error + work hard + common sense + brain :D

  22. saya nk tnya, kalu saya upgrade manual, adakah semua data n game saya akan hilang, seperti update melalui kies atau OTA, data saya takkan hilang.

  23. tq bro. sudah berhasil.superb.siap dah masukkan sygic baru. klau ada benda baru, post2 lah. tq sangat2. org umah pon suka.very smooth.

  24. yupp ada masalah dengan internal storage .
    actually saya encrypted saya punya phone .
    but accidently terlupa password .
    and wipe habes semua internal and get corrupted .
    fyi , saya dah flash custom rom ,
    hantar centre lepas ke ?

  25. Leh tau x….apa yg akn trjadi or screenshoot lps install firmware version ni?? ada sape2 yg pnah mncuba??

  26. link files dh K.O ke? xdpt download pn :(

  27. Bro, bila nak post pasal root untuk official JellyBean? Kalau pakai root yang ICS punya tak boleh ke?

  28. Salam bro sorry tanya kat post yg salah .
    Just nak tanya tau tak camna nak fix ‘blank usb storage or has unsupported filesystem’ .
    Dah try cari kat google , xda forum pun takde solution .
    Kalau bawak kat samsung boleh fix tak ?
    Kalau tak boleh fix gak dorang replace tak ?
    Rasanya still under warranty .

    GT N7000

    • Ini problem dengan internal storage ke? Kalau internal storage memang susah & takde cara penyelesaian yang konkrit. Saya syorkan hantar ke Service Centre.

  29. apa beza Malaysia nye dengan negara2 lain???

  30. Aku nak tunggu yg versi Msia lah senang sikit…guna odin tak berapa nak berani :)
    azman recently posted…Mood Bercuti Sudah Bermula

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*