Mungkin ramai peminat Android sedia maklum pengumuman dan pengenalan yang telah dilakukan oleh Google tentang kewujudan Android 4.1 Jelly Bean yang bakal menyusul selepas versi Ice Cream Sandwich. Bagi pemilik Galaxy Nexus, khususnya yang menghadiri Google I/O Conference telah menerima update OTA (over the air) Android 4.1 Jelly Bean Preview Build.

Google Nexus Android Jelly Bean 4.1
Android 4.1 Jelly Bean OS ini akan dilengkapi dengan pelbagai ciri yang baharu dan ditingkatkan dari versi ICS. Melalui Android 4.1 Jelly Bean, penekanan utama Google lebih menjurus kepada projek yang dikenali sebagai “Project Butter” dalam usaha mereka memastikan operasi Android OS lebih lancar.
Ciri – Ciri Android 4.1 Jelly Bean
- Notification bar yang boleh diubah saiz
- Paparan saiz widget yang boleh diubah secara auto
- Kamera interface yang dipertingkatkan
- Android Beam yang menyokong pemindahan gambar dan video
- Voice Search
- Google Now dan banyak lagi.
Download Android 4.1 Jelly Bean Preview Build
Sekiranya anda memiliki Galaxy Nexus dan ingin mencuba Jelly Bean Preview Build, anda boleh berbuat demikian dengan memuat turun dari link yang saya sediakan di bawah
- Download Link
- Langkah – langkah upgrade boleh dirujuk di xda developers forum – LINK
AMARAN : Tidak dibenarkan untuk flash di peranti selain daripada Google Nexus. Kemungkinan wujud bug tidak dapat dielakkan kerana masih di peringkat Preview Build.
Download Android 4.1 Jelly Bean Wallpaper
Kepada yang tidak memiliki Google Nexus, Google telah mengumumkan bahawa Preview Build ini akan direlease pada pertengahan Julai hingga Ogos. Harap bersabar! Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin mendapatkan Wallpaper Android 4.1 Jelly Bean, link muat turun saya sertakan di bawah.

Android 4.1 Jelly Bean Wallpaper
Harap ada update la untuk Samsung Galacy Tab 2 10.1 untuk JB ni :)
SuhairiDotCom recently posted…Facebook Memperkenalkan Butang Voice Pada Facebook Pages
Kalo full upgrade, rasanya susah sikitla… :(
Kenapa susah pula?
SuhairiDotCom recently posted…Perkhidmatan Domain Percuma Malaysia ml.my
Macam biasalah, masalah biasa android utk setiap versi baru diorang mesti kekangan specs gadget yg tak lagi releven. Slalu nak yg specs tinggi2.
Tab 2 10.1 specs tgi pe bro. Hehehe hope ada la untuk JB nti. Klu xde jgk knela pkai custom rom.
lambat pulak Google nak release ni
Shahrul recently posted…Liputan Google I/O 2012, Hari Pertama
menarik…. hp tgh prob..tgh berkira2 nak beli br o baiki yg lama..
cik tom recently posted…Resepi Aiskrim Coklat Oreo Mudah dan Sedap