Selepas Ice Cream Sandwich (ICS), versi Android OS yang akan menyusul ialah Android 4.1 Jelly Bean. Kesahihan bahawa Android 4.1 Jelly Bean akan menyusul ini diperkukuhkan dengan kewujudan maskot atau monumen Jelly Bean yang mula dipamerkan di perkarangan headquarters (HQ) Google seiringan dengan maskot – maskot Android OS terdahulu. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang versi Android, rujuk post Android Timeline.

Android 4.1 Jelly Bean
Kewujudan maskot atau monumen Android 4.1 Jelly Bean ini juga sempena Google I/O Conference yang akan diadakan di Moscone Center, San Francisco dari 27 – 29 Jun 2012. Aplikasi Google I/O 2012 ini boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play. Di Conference tersebut, dijangkakan Android 4.1 Jelly Bean akan diumumkan secara rasmi.
Jika disimpulkan dari awal kewujudan Android OS yang bermula dengan versi Cupcake v1.5, Donut v1.6, Eclair v2.0, Froyo v2.2, Gingerbread v2.3, Honeycomb v3.0, Ice Cream Sandwich v4.0 hinggalah Jelly Bean nanti, kesemuanya merujuk kepada unsur pemanis mulut dan secara realitinya tidak baik untuk kesihatan. :)
Seperkara lagi unsur yang menarik tentang penjenamaan Android OS ini adalah dari segi pemilihan nama setiap versi yang dikeluarkan yang mengikut turutan abjad.
- C – Cupcake
- D – Donut
- E – Eclair
- F – Froyo
- G – Gingerbread
- H – Honeycomb
- I – Ice Cream Sandwich
- J – Jelly Bean
- K – Key Lime Pie (2013)
UPDATE : 28 Jun 2012
Jelly Bean builds on top of Ice Cream Sandwich. It makes everything smoother, faster and more fluid. For example, notifications are now more dynamic: if you’re late for a meeting or missed a call, you can email or call directly from notifications. The keyboard is smarter and more accurate, and can predict your next word. And voice typing is faster, working even when you don’t have a data connection.

Android Jelly Bean
mkanan yg bermula dengan L ape lak..hehe
Jebeng Otai™ recently posted…Giveaway JebengOtai Pertama
L rasanya diorang pass je kot, kira skali “KL”
Lihat abjad dihadapan sudah tahu yang mana dahulu keluar! Bagus untuk mengelakkan kekeliruan. :D
anif recently posted…Anak Kami, Anak-anak Euro
Betul tu. Lagipun diorang ni banyak banyak sangat versi dikeluarkan. :)