Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

AdSense $USD250.00 Sehari?

Macam mana? Dahsyat tak? $USD250.00 sehari tu,.. sape tak melopong kan. Tak caya? Tengok “screenshot” kat bawah ni.

Mungkin anda pernah mendengar tentang orang yang mendakwa mampu membuat berjuta-juta dolar dengan Google AdSense, ditambah pula dengan “screenshot” sama seperti di atas.

Jangan tertipu tau! Sebenarnya, “screenshot” kat atas tu tipu je saya buat sendiri tak sampai 2 minit pun. Itu baru $USD250.00… belum lagi saya letak $USD2500.00 atau banyak lagi.

Okay, tujuan saya buat ni hanya nak berkongsi pengalaman saja supaya kita takla nanti mudah tertipu dengan orang – orang yang mengaku dapat “income” dari Google AdSense ratusan, ribuan ringgit sehari. Bukannya tak ada langsung, memang ada yang dapat puluhan dan ratusan ringgit sehari tapi biasanya jarang sangat diorang ni yang akan mengaku dan siarkan “screenshot” AdSense secara “online”, takut nanti tak pasal – pasal akaun kena “banned” oleh Google.

Hari ini, saya akan memperkenalkan anda beberapa cara untuk menghasilkan pendapatan AdSense Google palsu. Hanya untuk berkongsi sahaja.

1. Google AdSense Money Generator

Terima kasih kepada Google AdSense Money Generator anda kini boleh membuat bukti pendapatan AdSense sendiri. Hanya masukkan amaun dolar dan tekan butang, sangat mudah.

2. Firebug add-ons untuk Firefox

Firebug merupakanWeb Tool” yang boleh digunakan untuk mengedit, mengubah suai laman web. Anda boleh mengedit, debug, dan monitor CSS, HTML, dan JavaScript di mana-mana laman web. Apa yang anda perlukan ialah memasang add-ons dan memeriksa bahagian Earning Fields dan edit. Selesai!

Pernahkah anda melakukan sesuatu seperti ini? Jika tidak, anda akan terkejut betapa mudahnya untuk membuat screenshot pendapatan palsu AdSense tanpa sebarang kemahiran “photoshop” dan seterusnya  mengelirukan pembaca tanpa rasa curiga.

P/s : Jangan salah guna pulak ye, ini hanya untuk berkongsi dan peringatan sahaja.

Sign Up For My Newsletter

> Info teknologi semasa di Malaysia dan dunia,
> Berita gadget terkini (Android & etc),
> Pelbagai tutorial, tips dan tricks,
> Perkongsian wordpress dan sebagainya.

About shraqs

Husband. Blogger. Penggemar Nescafe tak kira masa dan tempat. Obses dengan teknologi smartphone (Android, iOS, and etc). Menjadikan blog sebagai rekod simpanan peribadi dan rujukan kepada semua di masa depan.

Twitter | Facebook | Google+

Comments

  1. ooo..buleh buat eh..hehe

    patut la ramai yg ngaku dpt income byk nga adsense..sy nk dpt USD1 sehari pun sakit..hehe..

    ps : br dpt email dr adsense.. payment issued..hehe
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted…Permohonan e-GTukar Sesi Januari 2013

  2. kdg2 adsense ni buat hal sikit,ada tu walaupun tak tkn iklan sendiripun kena Ban juga.Kesian org y kumpul bebanyak lpstu kena Ban.Kesian kan…
    W.HabibuRahman recently posted…Cara Menghargai Pelawat Blog Anda

    • Diorang punya checker memang detail,.. IP, region, cache apa semua disemak kalau2 ada yg cuba nak menipu, pernah ada kes dulu2 diorang yg ada AdSense account buat group dr seluruh dunia dlm 20-30 org, diorang gilir2 tekan ads (contact melalui email, forum dan bagai lagi), tapi kena banned jugak sebab segala rekod kita memang boleh dikesan di online…

  3. Great content! Keep it going

  4. aku pun ada terbaca pasal scam mcmnie hehehe..:) kena hati2
    tuan tanah recently posted…RM 410 untuk direbut

  5. Itu memang dah ada dalam diorang punya TOS. Klu buat jugak nasibla kan…
    My recent post Topik Blog Yang Kekal Evergreen

  6. Kalau yang betul-betul baik jangan post. Kalau kena ban, menangis tak berlagu la jawabnya :(
    My recent post Remove unwanted Adsense Ads from your blog

  7. Banyak lagi option lain. Bleh cuba Chitika, atau adbrite & banyak lagila.
    Lagipun, kalau mintak penjelasan dari Google pun tak guna jugak, jawapan diberi biasanya langgar syarat diorang jelah.
    My recent post Facebook Untuk Android Berwajah Baru

  8. aku lg best… entah mcm mana akaun kena banned dgn Google Adsense, sampai mati xleh guna dah… serik…

  9. Ha ha.. terkena ke? Sori bro saja kongsi
    My recent post Tips Mudah Bagi Pengguna Broadband

  10. Igtkan betul2 dpt USD250….dah teruja ni
    My recent post Kenapa Tarif Elektrik Kena Naik?

  11. biasanya geng2 buat affiliate yang guna style ni. Memang meyakinkan la kalau tak biasa

  12. nurmisnan15 says:

    begitu pula yerk… macam2 sekarang org menipu utk hidup..

    nice sharing here brother… =)
    My recent post Kejadian dan fadhilat di hari Asyura 10 Muharam

  13. Ini yang paling simple jer. Ada lagi yang detail diorang buat..
    My recent post Download Angry Birds Seasons v.2.1.0

  14. Itula kan, kalau tak hati2 kena tipu free2 je. Ramai yang menipu online ni
    My recent post Download Angry Birds Seasons v.2.1.0

  15. Ohh tak sangka ada teknik macam ini. :-)
    My recent post Skodeng kapal selam di Pantai Klebang

  16. Memang itu tujuannya pun. Jangan mare… Saje nak berkongsi,

  17. aku ingat dah betul tadi..kalau betul nak menuntut..hehe
    My recent post Apakah Gadget Impian Pilihan Aku

  18. Hai,

    Tak pernah pula nak cuba cari income dgn cara ini. Semoga sukses kpd yg berusaha :-)
    My recent post Gambar Menarik di Gunung Jerai

  19. pernah buat macam edit2 nih.. ada tutorial dekat utube dia bagi tutorial… dekat permalink address tapi tak ingatlah… page login facebook, macam2 page lain pun boleh
    My recent post Selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah,1 muharam 1433H

  20. thank u Pn Bee. blog ni blum siap lagi br 40% je.

  21. haha tk berminat sgt nk buat duit dengan google adsense , tertarik dengan blog ni menarik lain dr yang lain

Comment Policy : Pihak Admin amat menggalakkan komen di blog ini, walau bagaimanapun sila pastikan anda mematuhi Comment Policy yang telah ditetapkan. Pastikan anda merujuk senarai komen terdahulu sebelum mengemukakan sebarang pertanyaan & persoalan. Pihak Admin tidak akan memberikan respon kepada isu berulang. Harap maklum.

Speak Your Mind

*