Proses Demokrasi telah dijalankan, rakyat telah membuat pilihan,.. tiba masa untuk semua rakyat Malaysia menumpukan kepada tanggungjawab meneruskan kelangsungan negara.

About Blog

Blog MobilityWorlds terhasil ekoran daripada kecenderungan minat pemiliknya (shraqs) dalam bidang teknologi yang memfokuskan mobile platform. Secara keseluruhannya, blog ini lebih menumpukan aspek perkembangan teknologi smarthone (Android, iOS, Blackberry, Symbian, Bada, Windows Mobile, dan sebagainya).

Penulis memilih taglineTeknologi Hari Ini Untuk Esok” kerana bertanggapan bahawa setiap inovasi dalam bidang teknologi yang dibangunkan pada hari ini adalah untuk kebaikan dan kegunaan manusia sejagat pada masa depan dalam mewujudkan persekitaran dunia yang lebih seimbang.

Setiap maklumat yang dikongsikan merangkumi berita dari dalam mahupun luar negara mengikut kecenderungan penulis. Segala panduan dan tutorial yang dimuatkan menerusi blog ini adalah hasil daripada pengalaman hands-on penulis sendiri. Sekiranya terdapat perkongsian dari sumber yang lain, penulis akan maklumkan menerusi penulisan entry sebagai penghargaan kepada penulis dan sumber asal.

Selain daripada itu, pemilik juga berkongsi tentang pengalaman dalam dunia blog khususnya WordPress dan Blogspot. Secara jujurnya, penulis bukanlah seorang yang mahir dan pakar dalam bidang “blogging“.. jauh sekali SEO (Search Engine Optimization), apa yang dikongsi hanyalah berdasarkan pengalaman penulis semata-mata.

Sebelum membuat bacaan lebih lanjut, anda digalakkan untuk membaca serba sedikit tentang polisi dan dasar yang telah saya terapkan dalam blog mobilityworlds ini bagi menjadikannya lebih mesra pembaca dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Maklumat lanjut tentang penulis ;